Senin, 23 Desember 2013

Ini bukan cerita lawak Ibrahim Ali Kelab Isteri Taat menang anugerah seksis

  • Ahmad Fadli KC
  • malaysiakini Jun 23 2012
 
Pernahkah anda membayangkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang sama?

PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks suci yang didakwa berasaskan Islam.

Namun petang tadi, kedua-duanya diraikan pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin.

Ibrahim menang anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011).

OWC pula menang anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar