Jumat, 31 Januari 2014

Kit Siang kata Dr M akan dilanda amnesia lagi jika menghadapi Suruhanjaya Siasatan Diraja kes PATI di Sabah


Wartawan Sinar Harian
5 Jun 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad
 
SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertanya sama ada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan sekali lagi berhadapan dengan amnesia jika dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.

"Adakah Mahathir akan mengalami serangan amnesia jika beliau muncul di hadapan RCI Sabah?" kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Dengan nada menyindir, Kit Siang berkata, Dr Mahathir yang terkenal dengan masalah memori ketika inkuiri suruhanjaya siasatan video Datuk V.K.K Lingam empat tahun lalu telah beberapa kali mengatakan bahawa saya tidak ingat.
Kit Siang mengulas kenyataan Dr Mahathir yang dibuat semalam.

Ahli Parlimen itu berkata, tidak diragui bahawa individu yang mempunyai maklumat yang terbanyak berkenaan isu pendatang asing, yang menjadi pertikaian sejak kebelakangan ini ialah Dr Mahathir.
"Khususnya Projek Kad  Pengenalan yang diketahui ramai," katanya lagi.
"Adakah Mahathir boleh memberikan jaminan bahawa beliau tidak berhadapan dengan satu lagi amnesia apabila disoal siasat oleh RCI di Sabah sebagaimana berlaku ketika Suruhanjaya Diraja Rakaman Video Lingam pada 2008?" katanya.

Dalam kenyataanna, Dr Mahathir juga berkata beliau tidak gentar dengan dakwaan Kit Siang untuk mendedahkan apa yang dikatakan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Dr Mahathir berkata, Kit Siang boleh berbuat apa sahaja sekarang juga untuk membuktikan berlakunya skandal kewangan sepanjang pemerintahan beliau.
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Tiram Berusia 150 Juta Tahun Ini Dipercaya Berisi Mutiara Terbesar di Dunia

Kerang Mutiara terbesar di dunia
Jenna MacFarlane dari Blue Reef Aquarium memegang tiram raksasa yang dipercaya berisi mutiara terbesar di dunia (BNPS.CO.UK)


Sebuah fosil tiram pra sejarah yang berusia lebih dari 145 juta tahun, yang bertinjauan ditemukan oleh nelayan di lepas pantai selatan England, dipercaya berisi ibu dari semua mutiara.

Para pakar menggunakan teknologi pemindaian medis MRI untuk menganalisis fosil tersebut guna mengetahui apakah ada mutiara langka didalamnya.

Hasil pemindaian mereka menunjukkan sebuah benda misteri  yang halus seukuran bola golf, berada didalam tiram itu.
Jika benda misteri  tersebut dikeluarkan dan diidentifikasi sebagai mutiara, maka itu boleh  bernilai ribuan poundsterling.

Namun para ahli tidak akan membahas lebih jauh tentang isi tiram ini, kerana mengeluarkan benda tersebut berarti fosil berusia ratusan juta tahun itu harus dihancurkan.

Tiram yang berukuran 7 inci ini akan tetap di Blue Reef Aquarium di Portsmouth, dimana ia disimpan dengan aman dan hanya dibawa keluar untuk keperluan  studi.
“Fosil ini ditemukan di jaring kapal nelayan yang melakukan pengerukan di Solent.” tutur Lindsay Holloway dari Blue Reef Aquarium.

Ia menjelaskan bahawa mulanya para nelayan mengira bahawa ini adalah tiram hidup, tetapi ketika mereka membersihkannya dan melihat lebih dekat, barulah mereka tahu bahawa itu adalah sebuah fosil, kerana tiram itu telah benar-benar berubah menjadi batu.

“Memiliki mutiara seukuran bola golf adalah sesuatu yang luar biasa. Mutiara terbesar yang pernah tercatat hanya berukuran setengahnya.” kata ahli perhiasan Geoffrey Munn. 
manado today
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Politik dendam BN hancurkan aspirasi transformasi kata Guan Eng

Oleh Mohd Farhan Darwis
June 26, 2013
Fokus terhadap musuh politik dan kurangnya perhatian diberikan terhadap pembangunan ekonomi akan menghancurkan aspirasi menuju negara berpendapatan tinggi, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar).

Lim menegaskan Barisan Nasional (BN) hanya memberikan tumpuan kepada negeri-negeri tertentu yang berada di bawah penguasaan mereka dan meminirka negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang mana akan mengakibatkan ekonomi negara semakin buruk.

"Sikap dangkal ini dapat dilihat melalui keengganan BN untuk memanfaatkan klauster sedia ada di Pulau Pinang yang bertaraf antarabangsa dan diiktiraf dunia seperti dalam sektor elektrikal dan elektronik, peralatan perubatan dan industri ero-angkasa," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, tindakan seperti itu akan mengakibatkan pembuatan berteknologi tinggi menurun dan meningkatkan kebergantungan kepada komoditi sebagai bahagian eksport Malaysia.

Bank Dunia sebelum ni menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 5.1 peratus pada 2013 dan 2014, dan kebergantungan berlebihan kepada komoditi seperti minyak mentah, gas asli, getah dan kelapa sawit yang kini mengalami kejatuhan harga, berbanding pembuatan telah memberikan tekanan terhadap kadar pembangunan bagi negara pengeksport komoditi seperti Malaysia.

"Maka wujud keperluan untuk mempercepatkan reformasi struktural bagi memastikan kerencaman dan kedinamikan ekonomi negara," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.
Lim turut mengambil contoh berat sebelah yang diamalkan BN di negeri yang diperintah mereka, seperti di Johor apabila hanya mereka yang bekerja di Wilayah Ekonomi Iskandar diberikan kadar cukai peribadi sebanyak 15 peratus, namun tidak di negeri-negeri lain.

"Dasar seperti membenarkan hanya mereka yang bekerja di Wilayah Iskandar menikmati kadar cukai peribadi pada kadar rata 15 peratus adalah suatu tindakan diskriminasi dan sepatutnya di perluaskan ke seluruh negara.
Beliau turut mengambil contoh tindakan kerajan Melaka yang menutup pusat kegiatan perniagaan malam Jonker Walk sebagai balasan kerana kekalahan banyak kerusi dalam pilihan raya yang menurutnya tidak mencerminkan pembuatan dasar yang bertanggungjawab dan pembinaan negara-bangsa.

Lim turut menegaskan di samping peningkatan hutang negara yang menakutkan daripada RM266 billion pada hujung 2007 kepada RM502 billion pada akhir 2012, kegagalan menyatukan rakyat dan serta mendiskriminasi warga Malaysia hanya akan memburukkan ekonomi negara yang sedia sarat dengan korupsi termasuk kadar aliran keluar wang negara per kapita tertinggi di dunia.

"Sebagaimana yang dinasihatkan oleh Bank Dunia, bagi mencapai matlamatnya menjadi negara berpendapatan tinggi, Malaysia harus terus menggilap bakat dan membina institusi yang menyokong kerencaman ke arah pelaburan dengan pulangan tinggi melalui peningkatan modal insan," kata Lim. - 26 Jun, 2013.
The Malaysia Insider
Read More..

WOW! 7 Cara Yang Professional supaya Kekasih Mahu KAHWIN!

Bro Razzi yakin, ramai among girls nowadays SUDAH memiliki kekasih, sudah berpunya la kan. Tetapi, Im sure too that, ramai yang facing this problem…dimana, ‘Kekasih tidak mahu kahwin lagi’ right? ;)
Sedangkan MASA tidak menyebelahi anda, ibubapa semakin menekan, kawan-kawan lain hampir semua sudah kahwin. TAPI kekasih anda masih lagi berbagai-bagai alasan…
“Sabarlah, kalau ada rezeki ada lah tu”
“I memang nak sangat kahwin dengan you tapi, belum masanya lagi”
“Kita masih muda lagi, nanti kita kahwin lah”

Well, time after time…reason dan reason lagi…by the moment you realised it. You dah out of the league. Umur dah terlebih dari umur ‘anak dara’, nak cari yang lain…mungkin duda tua atau suami orang yang berumur that interested dengan you. Kekasih sendiri semakin dingin, masih beralasan untuk tidak kahwin, tidak mahu komitmen!
One thing about girls : mereka selalu nak tunjukkan dia setia, dia adalah milik kekasihnya seorang…dan sanggup berkorban apa saja. Well, itu memang bagus, tapi situasi itu BEGITU JELAS, you adalah miliknya!!…so, buat apa nak kahwin lagi? Dia takkan rasa nak kahwin punya…because you ‘dah jadi miliknya’ hehe…
One thing about man : girls kena faham… Lelaki mahu merasa ‘THRILL bila bercinta’ …mereka mahu rasa ‘Satu perasaan yang menggetarkan jiwa atau menggeletar badan’  yang boleh membuatkan mereka rasa susah dapat, rasa geram, rasa tercabar, rasa ragu-ragu…baru thrill, baru excited, barulah rasa takut kehilangan, so barulah dia rasa mahu kahwin!… ;)
KALAU TIDAK…girl itu akan dianggap NOTHING, TAK MENARIK, MEMBOSANKAN, …bila kekasih rasa sebegini, do you think that he still wants to marries you ke? hehe, rasa bro love lah hmm…tak lah kut kan?
SO, apa tindakan anda? Apa yang anda mahu lakukan? Bagaimakah caranya untuk membuat kekasih MAHU KAHWIN? Brother Love ada 7 cara untuk all of you girls give it a shot :
Cara 1 : Berhenti dating! Asyik berkepit je hehe… Im sure you mesti hari-hari nak berjumpa boyfriend kan? Ok…kat sini paling penting, stop dating for a good reason, maybe sebab nak pergi grooming class? Atau kelas tae kwan do ke, atau sebab you enroll gym and nak look fit, or maybe go for a flying class ke…so you looked cool, and buat dia rasa gabra sikit! :)
Cara 2 : Decide untuk mencari pekerjaan jauh darinya, luar negeri, luar negara ke…just be away. WHY? Well, kalau boyfriend you tanya, just jawab yang you nak kenal negeri orang dan kenal orang-orang luar dan orang baru… hihihi
Cara 3 : Fokus lebih kepada hidup anda sendiri dan lupakan akan kehidupan kekasih anda. Concentrate apa yang anda ingin capai selama ini, letakkan beberapa gold atau impian yang sekian lama anda lupakan. I mean it ni…bukan main-main, bukan saja-saja nak test kekasih you okay. Do it, and meant it!
Cara 4 : Hentikan ucapan cinta – Im very sure too, you girls asyik duk cakap I love youuuuuu je kan. “Abang lah yang terbaik, abang lah yang tersayang, you lah nyawa I”….ADOI Beb, ngantuk la wei.
Cara 5 : Plan masa depan anda sendiri, TANPA dia. – Control masa depan anda sendiri, holiday anda, where to go, what to do. Rancangkan perbelanjaan anda sendiri untuk hari ini, minggu depan, tahun depan dan sampai bila-bila. Jangan biarkan dia membuat keputusan untuk anda beb, be strong, tegas dan berdiri atas kaki sendiri!
Cara 6 : Tunjukkan anda juga mempunyai kawan-kawan lelaki yang lain. Jangan tunjuk yang hidup anda, …anda hanya kenal seorang lelaki sahaja…dan lelaki itu adalah kekasih anda. Alamak beb :lol: lelaki akan pasti merasakan anda tersangat lemah, membosankan, dan too easy to handle kalau cam tu…
Cara 7 :  Akhir sekali, jujur dengan boyfriend you…cakap kat dia…you akan lakukan semua ini, kerana you lihat yang dia masih belum ready untuk berkahwin. You sayangkan dia tetapi…jika dia tidak serius, well time for both of you to move on.
Di sini, you boleh lihat keputusannya, atau jawapannya. It can be good or even worst. It can make him terus nak kahwin dengan you atau…you dapat lihat, yang sebenarnya dia tak mahu berkahwin. But at least, you tahu sekarang, you tahu where you guys at…daripada tertanya-tanya what will happen, right?
TAPI one thing for sure, kalau you lakukan semua cara-cara ini, atau something yang macam ni, Effect dia : Kekasih you akan mulai risau, gabra, runsing kat you di rampas orang lantas akan lebih menghormati anda, akan takut kehilangan anda dan merasakan anda bukan wanita yang boleh dipermainkan.
Perasaan ragu-ragu juga mulai muncul di dalam diri kekasih you, apabila you lebih focus dan concentrate on yourself, kekasih you pasti akan merasakan hilang perhatian dari you, and definately, MULAI RASA TERCABAR. That makes him felt thrilling beb…and hopefully and probably mahu cepat kahwin! Good Luck ;)

www.razzirahman.com
Read More..

MANIFESTO PR lebih dekat dengan orang muda dan memberi harapan baru kepada rakyat

Wartawan Sinar Harian
1 Mei 2013
Dr Maszlee Malik   
Dr Maszlee turut membawa Manifesto PR ketika memberi hujah, semalam
MANIFESTO yang dibentangkan Pakatan Rakyat (PR) lebih dekat dengan orang muda dan memberi harapan baru kepada rakyat.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berpendapat, manifesto berkenaan adalah realistik di mana ia memberikan apa yang rakyat perlukan dan bukannya apa yang dimahukan.

Katanya, manifesto PR menjurus kepada permasalahan orang muda berpendapatan rendah yang tinggal di bandar besar.

“Jika di luar negara, kita boleh tahu bagaimana satu-satu manifesto dibuat iaitu dengan cara survey dan macam-macam lagi. Di sini, mungkin manifesto PR itu dibuat oleh orang muda apabila mengaitkan pelbagai masalah orang muda seperti Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), harga kereta tinggi, susah mendapatkan rumah kerana harga tinggi dan pelbagai lagi masalah yang begitu dekat dengan anak muda.

“Masalah itu turut diterjemahkan lagi dengan kadar tol mahal, harga minyak tinggi dan menyebabkan hutang isi rumah meningkat sehingga menjadikan jurang pendapatan negara ini antara tertinggi di Asia Tenggara dan ketiga tertinggi di Asia,” katanya.

Menurutnya, sungguhpun manifesto di Malaysia masih belum mencerminkan ideologi, tetapi ia menunjukkan satu kematangan dalam sistem politik negara.

“Barisan Nasional (BN) dan PR, kedua-duanya mempunyai manifesto yang begitu dekat dengan rakyat cuma BN lebih bersikap defensif berbanding PR yang ofensif (menyerang).

“Jika mahukan satu politik matang, perlulah ada perubahan. Manifesto BN mahu menunjukkan kekuasaan dan mahu kekal berkuasa. PR pula sebaliknya kerana sukar difahami tetapi jelas mahukan perubahan dan membawa harapan rakyat,” katanya.

Menurutnya, manifesto BN juga banyak beri manfaat kepada rakyat khususnya berpendapat rendah dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan pelbagai lagi.

“Rakyat di luar bandar lebih mendapat manfaat ini, cuma adakah pemberian tersebut dapat selesaikan masalah mereka. Ini kerana pemberian itu bukan bersifat berterusan. 

“Masyarakat perlu diupayakan kerana ia sebahagian sistem pendidikan. Demokrasi juga bukan sekadar ideologi semata-mata,” katanya.

Menurutnya, walaupun manifesto dibuat belum capai tahap ideologi, tetapi berharap di masa depan ia boleh memperkasakan masyarakat.
Read More..